Home2023Sindhu minta Hafiz menjadi jurulatih untuk Sukan Olimpik Paris

Sindhu minta Hafiz menjadi jurulatih untuk Sukan Olimpik Paris

PV Sindhu secara rasmi membuat permintaan untuk bekas juara All England Muhammad Hafiz Hashim menjadi jurulatihnya sehingga Sukan Olimpik di Paris tahun depan.

Pemain perseorangan wanita No. 12 dunia itu membuat permintaan itu kepada Pihak Berkuasa Sukan India (SAI) dan juga Persatuan Badminton India (BAI).

Pemenang dua pingat Olimpik itu berlatih di bawah kendalian Hafiz sejak dua minggu lalu di Akademi Badminton Suchitra (SBA) dan Stadium Gachibowli di Hyderabad.

Sindhu telah berpisah dengan bekas jurulatih Park Tae-sang dari Korea Selatan.

Pemenang pingat Kejohanan Dunia lima kali, Sindhu tidak beraksi selama hampir enam bulan selepas memenangi pingat emas Sukan Komanwel di Birmingham tahun lalu akibat keretakan di kaki kirinya.

RELATED ARTICLES

Most Popular

%d