Home2023Tan Sri Norza 'undur diri', nasib Datuk Misbun bakal ditentukan

Tan Sri Norza ‘undur diri’, nasib Datuk Misbun bakal ditentukan

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria  mengumumkan akan mengundurkan diri dari badan induk itu selepas berakhir temasya Olimpik Paris, 2024 dan akan melepaskan jawatan sebagai Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), selepas berakhirnya temasya Olimpik Los Angeles 2028.

Ia diumumkan Norza sendiri ketika sidang media selepas Mesyuarat Majlis BAM yang berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM)

Keputusan itu bertujuan membolehkan beliau menumpukan peranannya di peringkat antarabangsa selepas dilantik sebagai sebagai Presiden Kehormat Badminton Asia (BA) dan Pengerusi Jawatankuasa Sukan untuk Semua, Majlis Olimpik Asia (OCA) bagi penggal 2023 hingga 2027

Tan Sri Norza memegang tampuk pimpinan BAM sejak April 2017.

Dalam pada itu nasib Datuk Misbun Sidek dan barisan kejurulatihan skuad remaja bakal ditentukan minggu depan susulan prestasi mengecewakan anak buahnya pada Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia

Jawatankuasa khas diketuai Timbalan Presiden BAM, Datuk V Subramaniam, dibantu Setiausaha Agung, Datuk Kenny Goh akan mengambil kira pandangan panel penasihat teknikal di BAM yang terdiri daripada tujuh bekas pemain badminton kebangsaan termasuk legenda negara Datuk Lee Chong Wei dan tujuh eksekutif sukan dalam usaha menambah baik sistem latihan skuad remaja.

Skuad remaja negara menampilkan persembahan hambar di Yogyakarta apabila mereka tumpas kepada juara bertahan, Thailand, 0-3, di peringkat suku akhir acara berpasukan campuran manakala tiada seorang pun wakil layak ke separuh akhir bagi saingan perseorangan.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat adalah pada 2018 menerusi beregu wanita remaja ketika itu Pearly Tan-Toh Ee Wei yang meraih perak, selain membantu skuad negara ketika itu memperoleh gangsa bagi acara berpasukan campuran.

RELATED ARTICLES

Most Popular

%d